Selasa, 19 April 2016

CARA MENGATASI KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL

Assalamualaikum wbt  dan Salam Sejahtera
 
Entri ni saya buat sebab saya pernah alami dan sekarang saya hamil anak ke-3... syukur Alhamdulillah...
 
Pengalaman hamil anak pertama

Saya hamil kali pertama pada umur 28 tahun.. Seronok, gembira tak terkata... pada usia kandungan jejak trimester kedua iaitu 4 bulan (20 minggu) kaki mula nampak perubahan... kaki mula membengkak... setahu saya kaki membengkak pada usia kandungan 7-9 bulan.. tapi apa yang berlaku pada iza terlalu awal... bengkak kaki atau ederma ni sebenarnya berpunca daripada pengumpulan air Yang banyak dalam badan dan ia memberi tekanan pada kaki... bayangkanlah nak pakai selipar, sandle yang sedia ada tak muat.. dari kaki saiz 7 kepada 9. Saya perlukan kasut yang lebih besar Dan sesuai... Alhamdulillah dapat juga dan sampai sekarang masih ada.. Cuma dah buruk... hihi... Alhamdulillah bila baby lahir, bengkak kaki surut..time dekat hospital lagi dah nampak kesan bengkak kaki semakin surut.. Saya dapat baby perempuan seberat 4.00kg. Jadi,jika selepas bersalin bengkak kaki masih sama dan tiada perubahan, perlu dapatkan rawatan doktor dengan segera.
 
Pengalaman hamil anak kedua

Alhamdulillah diberi keizinan hamil lagi pada usia 30 tahun... hamil kali ni saya dah didedahkan dengan supplement shaklee.. masa anak pertama dulu tak kenal shaklee lagi... kali ni hamil lain sangat2.. bengkak kaki kurang. Bukan takde langsung tapi hanya sekejap2... bengkak waktu balik kerja dan bila bangun tidur bengkak kaki surut.. kaki pun tak rasa berat nak berjalan.. berbeza masa hamil anak pertama.. syukur Alhamdulillah... saya ambil set hamil sepenuhnya... badan pun sihat cergas... saya bersalin pada November 2013.. Anak perempuan juga.... lebih berat dari kakaknya... 4.10kg...hihi
 
Pengalaman hamil anak ketiga

Alhamdulillah diusia 33 tahun, Allah beri peluang untuk saya hamil lagi..Bermakna amanah semakin bertambah... syukur... seperti anak kedua saya mengamalkan set hamil shaklee... bengkak kaki buat masa sekarang (5 bulan) sangat2 jarang berlaku.. kalau berlaku pun selepas balik kerja... bila bangun tidur, kaki kembali seperti biasa... InsyaAllah saya akan melahirkan zuriat ketiga ni pada hari raya ketiga... EDD 8/7/2016.. Doakan saya dipermudahkan dan selamat bersalin yer..
 
Ok itu sedikit sebanyak pengalaman saya sepanjang kehamilan...
 
Bengkak kaki boleh diatasi. Berikut merupakan cara-cara bagi mengatasinya: -
 
1) Ketika melakukan kerja2 pejabat, letakkan sesuatu seperti kotak atau bangku kecil dibawah meja. Letakkan kaki dengan lurus dan pastikan selesa
2) Ketika sedang tidur, letakkan kaki diatas bantal dan pastikan anda selesa
3) Lakukan senaman dengan mengerakkan tapak kaki ke atas dan ke bawah dengan kiraan 10 kali.
4) Lakukan senaman dengan menggerakkan tapak kaki secara bulatan mengikut arah jam sebanyak 10 kali. Selepas itu lakukan sekali lagi mengikut lawan jam sebanyak 10 kali
5) Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang yang bersesuaian dengan ibu hamil. Elakkan makan makanan segera terutama maggie
6) Dapatkan supplement atau vitamin yang selamat untuk ibu dan bayi. Pastikan supplement yang diambil dari bahan semulajadi, diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan halal...
 
Nampak tak saya sengaja highlight pada no.6 tu.. ianya penting bagi pertumbuhan bayi dalam kandungan... sebab itu saya memilih shaklee... dari dulu hingga kini. Saya setia bersama shaklee...hampir 4 tahun saya mengamalkan shaklee...
 
Disini saya terangkan set hamil yang saya amalkan..
 
1) VITALEA - ianya dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting. Vitalea membantu didalam mengekalkan kesihatan yang baik.  Vitalea iron formula dapat memperbaiki bacaan hb ketika hamil. Selain daripada itu Vitalea memberikan tenaga yang berpanjangan iaitu ianya mengelakkan kelesuan. Ibu hamil kerap letih disebabkan perubahan hormon dan pembawakan bayi dalam kandungan
 
2) B COMPLEX - ianya dikenali sebagai penenang.. ibu hamil akan mengalami tekanan @ stress pada peringkat trimester pertama.. ini disebabkan perubahan hormon,morning sickness, pekerjaan dan sebagainya... apabila masuk trimester kedua, tekanan semakin berkurang. Tetapi B complex tetap perlu diteruskan bagi mengelakkan tekanan berterusan. Tekanan amat bahaya pada kandungan yang boleh menyebabkan keguguran. B complex juga boleh memberikan keserian pada wajah ibu hamil... Selain dari itu, B complex mengandungi Acid Folic yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu hamil bagi pertumbuhan janin dan mengelakkan daripada kecacatan.
 
3) VITAMIN C - Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
4) OSTEMATRIX - Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
 
5) ESP (Soy Protein Isolate Powder) - Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
 
Apabila masuk ke trimester - 2 dan 3 (usia kandungan 4 bulan keatas) boleh tambah Omega Guard..
 
6) Omega Guard - Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
 
Alhamdulillah banyak perbezaan apabila mula menggunakan supplement Shaklee.... sekiranya anda juga mahukan yang terbaik untuk diri dan bayi dalam kandungan,pilihlah supplement yang berkualiti tinggi seperti Shaklee...
 
 
 
 
 
 
 
Sebarang Pertanyaan / Pembelian hubungi no di bawah : -
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan