Sabtu, 1 Oktober 2016

REWARD BONUS SHAKLEE UNTUK ANAK

Assalamualaikum...

Malam2 buat artikel ni... Alhamdulillah SEPTEMBER berlalu dengan penuh gaya... cewwaaaahhhh!!!

Iza just nak share reward yang paling besar pernah iza beli.. tapi bukan untuk diri sendiri. Iza beli untuk anak iza... jeng jeng jeng...

Inilah kisahnya....

That's why iza sayang sgt2 dengan SHAKLEE...

Iza bukan dari keluarga yang kaya raya.. hanya dari keluarga sederhana... iza banyak komitmen.. hurrmmm tak mo citer psl komitmenlah... hihi..

Iza ada gaji setiap bulan... tapi kena potong utk bayar PTPTN, RUMAH, PERSONAL LOAN.. orang lain da abis bayo tapi iza masih terhegeh2..hihi.. takper janji bayo dari tak bayo kan... Kalau iza hanya duduk diam, iza tak boleh gerakkan kereta untuk pergi kerja.. iza perlukan duit untuk MINYAK, MAKAN ditempat kerja... so, sebagai langkah yang paling SELAMAT iza serius dalam SHAKLEE...

Iza tak paksa orang beli SHAKLEE... cuma iza berkongsi kebaikan daripada SUPPLEMENT SHAKLEE... Alhamdulillah ramai yang dah buka mata untuk amalkan SHAKLEE dan mereka sentiasa repeat order... Alhamdulillah dapat bantu kehidupan dengan lebih sihat...

Dengan SHAKLEE dari hanya suka2 kini menjadi serius... Setiap bulan dapat BONUS... SHAKLEE tak pernah failed dalam memberi "GAJI" kepada kami... Dari bonus 2 angka kepada 3 angka dan Alhamdulillah merasa 4 angka... Dan ini REWARD untuk #Nurfatihah.. anak iza yang sulong.. Reward sebab jaga adik2 masa mama bertungkus lumus dapatkan sale bulan lepas masa kat kampung... maklumlah duduk kampung line internet pun sgt2 limit... slow sgt2... jari jemari yang gemoks ni lenguh tekan key board phone yg kecik ni... hihi...

Alhamdulillah... Bonus shaklee dapat membantu iza...

Bonus bulan SEPTEMBER nak settlekan 1 hutang pula... InsyaAllah...

Doakan iza dipermudahkan semuanya yer... Aminnnn...

Sape nak join iza??? Jangan segan2 contact yer...

Leader #THEBOSSEMPAYAR
SITI ROHAIZA ABU
013-7825180

Sabtu, 10 September 2016

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2016

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk berblogging... 2 bulan berpantang kat kampung.. selalu sebulan jer.. kali ni 2 bulan.. ini kali lah... hihihiii

Iza nak share promosi hebat berganda bulan SEPTEMBER 2016... best tau ni... boleh jimat duit kalau beli time promosi... produk yang memang menjadi kegilaan ramai samai 1 masa pernah OUT OFF STOCK!!!! MasyaAllah... betapa hebatnya penangan produk ni....

Ni diaaa... promosi hebat bulan ni...

ESP BELI 6 DAPAT 7..
ESP BELI 2 DISKAUN 5%

VIT C BELI 6 DAPAT 7
VIT C BELI 2 DISKAUN 5%

Boleh kongsi2 dengan adik beradik, sedara mara, kawan2, suami isteri dan sesiapa sahaja kenalan anda...

Dapatkan harga yang sangat2 istimewa pasti meletops hanya dari iza yer..

HOTLINE
ESP ( 013-7825180 )
VIT C ( 013-7825180 )

Terima kasih...

Sabtu, 7 Mei 2016

TESTIMONI COLLAGEN POWDER SEAWAL 5 HARI!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Iza nak kongsi serba sedikit kolagen hebat hasil kajian shaklee.... iza tengok pun rasa teruja... sekarang iza tengah pregnant.. jadi tunggu lepas bersalin nanti baru boleh minum kolagen hebat ni... tak sabar rasanya... lagi 10 minggu je baby bam ni nak tengok dunia... nak jumpa kakak2 dia...  hihi

OK sebelum tu iza nyatakan dulu apakah kebaikan kolagen hebat yang tiada tandingannya ni... kolagen ni tak seperti kolagen yang ada dipasaran tau... ianya sangat berkualiti tinggi, hasil menakjubkan, selamat dan keberkesanannya memang diakui!!!!

16 Fungsi Collagen Powder Shaklee:

1. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
2. Mengecilkan liang-liang roma
3. Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
4. Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
5. Mengembalikan keanjalan kulit
6. Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot-otot
7. Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman yang memerlukan Collagen
8. Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
9. Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
10. Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
11. Menegangkan kembali payudara dan punggung
12. Mengurangkan garis halus pada leher
14. Menguatkan gusi anda
15. Memelihara kornea mata anda daripada kering dan cepat letih
16. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Banyakkan??? Ada juga testimoni ibu yang menyusukan bayi, selepas ambil COLLAGEN POWDER ni susu badan semakin banyak... sampai basah lencun masa tido... memang rezeki baby kan?? Tu yang tak sabar nak ambil collagen masa pantang nanti...

Sekiranya anda ingin mencuba collagen powder ini,  bulan ni ada promosi hebat!!!!

(Beli 6 kotak percuma 1 kotak)

Boleh share dengan kawan2... sama2 rasai kehebatan collagen powder ni...

Ok iza belanja sebahagian testimoni pengguna collagen powder...


Khamis, 5 Mei 2016

TURUN 10KG DENGAN ESP SHAKLEE!!!!

Assalamualaikum Dan selamat sejahtera...

Harini dapat testimoni best tau... actually testimoni ni dari anak shaklee saya...  dalam gambar tu adalah kawannya sendiri... menakjubkan hasil pengambilan ESP ni...

Sebenarnya sblm ambil ESP, beliau ada ambil 1 produk perlangsingan lain.. harga agak mahal berbanding dengan 1 canister ESP... Bila beliau ambil ESP, beliau lebih gembira Dan teruja!!! Jika ada masa lapang beliau juga ada melakukan aktiviti senama iaitu "BERJOGING".. Bukan mudah untuk kurus.... beliau konsisten.. Dan hasilnya memang awesome!!!!

Selain dari dapat turunkan berat badan, kulit beliau juga cantik.  Beliau akan jadikan ESP sebagai MASKER muka... kena konsisten tau.... jangan hangat2 tahi ayam yer... Alhamdulillah beliau repeat ESP & VIT C pula... syukur.   Semoga beliau peroleh berat ideal, sihat tubuh badan Dan sentiasa ceria bersama insan tersayang....

Inginkan ESP yang menakjubkan dengan harga penjimatan???
Hubungi....

SITI ROHAIZA ABU
013-7825180

Ahad, 1 Mei 2016

CHECKLIST BARANG-BARANG BERSALIN

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera...

Usia kandungan iza da masuk 30 minggu... walaupun dah ada pengalaman melahirkan 2 orang puteri tetapi perasaan gementar tetap ada... setiap ibu yang hamil & bakal melahirkan mesti merasai situasi yang sama...

Persediaan barang-barang untuk dibawa kehospital adalah satu perkara yang penting.. iza tetap akan tengok dan buat checklist.. takut tertinggal... kat sini iza sertakan checklist lengkap buat panduan ibu-ibu hamil terutama bagi yang bakal melahirkan anak pertama... jangan ada yang tertinggal yer...

Semoga ianya bermanfaat kepada ibu-ibu semua... 😘

Isnin, 25 April 2016

DECO RUMAH WARNA PINK!!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Harini nak citer bab deco rumah.. Tapi ni bukan rumah iza la.. ni iza dapat dari FB. Tapi teringin sangat2 nak rumah kaler mcm ni... cuma husband tak berapa nak setuju... korang rase husband korang suka tak dengan kaler ni??? PINK!!!!! Tapi bukanla pink yang jiwang... pink ni cantik.. sedap mata memandang... syok jer bila duduk rumah... anak2 pun rasenye suka dengan kaler ni...

Meh iza tepek gambar deco rumah ni... memang cantik dimata iza... simple but nice...



Ruang tamu... cantik sangat.....


Meja makan yang simple kat area tangga tengah


 
 
 Ruang tamu nak masuk dapur


 
Ruang tamu Utama
 
 
Suka tak??? Sila cakap suka... insyaAllah cuti berpantang nak buat rumahku jadi mcm ni... sekarang rumah tonggang langgang... hihihiiii... kalau orang datang pun malulah...
 
 
Citer bab rumah dah abis....
 
 
 
Saya pengedar shaklee... Ingin dapatkan Supplement Shaklee yang awesome?? Hubungi talian dibawah :-
 


 
 


Selasa, 19 April 2016

8 TANDA BADAN PENUH TOKSIN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Selamat malam semua... Alhamdulillah dapat berblog lagi... InsyaAllah iza akan kongsikan serba sedikit info dalam blog ini..

Malam ni iza nak kongsikan info tentang toksin

Berikut 8 tanda badan penuh toksin.. sumber iza dapat daripada Facebook

CARA MENGATASI KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL

Assalamualaikum wbt  dan Salam Sejahtera
 
Entri ni saya buat sebab saya pernah alami dan sekarang saya hamil anak ke-3... syukur Alhamdulillah...
 
Pengalaman hamil anak pertama

Saya hamil kali pertama pada umur 28 tahun.. Seronok, gembira tak terkata... pada usia kandungan jejak trimester kedua iaitu 4 bulan (20 minggu) kaki mula nampak perubahan... kaki mula membengkak... setahu saya kaki membengkak pada usia kandungan 7-9 bulan.. tapi apa yang berlaku pada iza terlalu awal... bengkak kaki atau ederma ni sebenarnya berpunca daripada pengumpulan air Yang banyak dalam badan dan ia memberi tekanan pada kaki... bayangkanlah nak pakai selipar, sandle yang sedia ada tak muat.. dari kaki saiz 7 kepada 9. Saya perlukan kasut yang lebih besar Dan sesuai... Alhamdulillah dapat juga dan sampai sekarang masih ada.. Cuma dah buruk... hihi... Alhamdulillah bila baby lahir, bengkak kaki surut..time dekat hospital lagi dah nampak kesan bengkak kaki semakin surut.. Saya dapat baby perempuan seberat 4.00kg. Jadi,jika selepas bersalin bengkak kaki masih sama dan tiada perubahan, perlu dapatkan rawatan doktor dengan segera.
 
Pengalaman hamil anak kedua

Alhamdulillah diberi keizinan hamil lagi pada usia 30 tahun... hamil kali ni saya dah didedahkan dengan supplement shaklee.. masa anak pertama dulu tak kenal shaklee lagi... kali ni hamil lain sangat2.. bengkak kaki kurang. Bukan takde langsung tapi hanya sekejap2... bengkak waktu balik kerja dan bila bangun tidur bengkak kaki surut.. kaki pun tak rasa berat nak berjalan.. berbeza masa hamil anak pertama.. syukur Alhamdulillah... saya ambil set hamil sepenuhnya... badan pun sihat cergas... saya bersalin pada November 2013.. Anak perempuan juga.... lebih berat dari kakaknya... 4.10kg...hihi
 
Pengalaman hamil anak ketiga

Alhamdulillah diusia 33 tahun, Allah beri peluang untuk saya hamil lagi..Bermakna amanah semakin bertambah... syukur... seperti anak kedua saya mengamalkan set hamil shaklee... bengkak kaki buat masa sekarang (5 bulan) sangat2 jarang berlaku.. kalau berlaku pun selepas balik kerja... bila bangun tidur, kaki kembali seperti biasa... InsyaAllah saya akan melahirkan zuriat ketiga ni pada hari raya ketiga... EDD 8/7/2016.. Doakan saya dipermudahkan dan selamat bersalin yer..
 
Ok itu sedikit sebanyak pengalaman saya sepanjang kehamilan...
 
Bengkak kaki boleh diatasi. Berikut merupakan cara-cara bagi mengatasinya: -
 
1) Ketika melakukan kerja2 pejabat, letakkan sesuatu seperti kotak atau bangku kecil dibawah meja. Letakkan kaki dengan lurus dan pastikan selesa
2) Ketika sedang tidur, letakkan kaki diatas bantal dan pastikan anda selesa
3) Lakukan senaman dengan mengerakkan tapak kaki ke atas dan ke bawah dengan kiraan 10 kali.
4) Lakukan senaman dengan menggerakkan tapak kaki secara bulatan mengikut arah jam sebanyak 10 kali. Selepas itu lakukan sekali lagi mengikut lawan jam sebanyak 10 kali
5) Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang yang bersesuaian dengan ibu hamil. Elakkan makan makanan segera terutama maggie
6) Dapatkan supplement atau vitamin yang selamat untuk ibu dan bayi. Pastikan supplement yang diambil dari bahan semulajadi, diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan halal...
 
Nampak tak saya sengaja highlight pada no.6 tu.. ianya penting bagi pertumbuhan bayi dalam kandungan... sebab itu saya memilih shaklee... dari dulu hingga kini. Saya setia bersama shaklee...hampir 4 tahun saya mengamalkan shaklee...
 
Disini saya terangkan set hamil yang saya amalkan..
 
1) VITALEA - ianya dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting. Vitalea membantu didalam mengekalkan kesihatan yang baik.  Vitalea iron formula dapat memperbaiki bacaan hb ketika hamil. Selain daripada itu Vitalea memberikan tenaga yang berpanjangan iaitu ianya mengelakkan kelesuan. Ibu hamil kerap letih disebabkan perubahan hormon dan pembawakan bayi dalam kandungan
 
2) B COMPLEX - ianya dikenali sebagai penenang.. ibu hamil akan mengalami tekanan @ stress pada peringkat trimester pertama.. ini disebabkan perubahan hormon,morning sickness, pekerjaan dan sebagainya... apabila masuk trimester kedua, tekanan semakin berkurang. Tetapi B complex tetap perlu diteruskan bagi mengelakkan tekanan berterusan. Tekanan amat bahaya pada kandungan yang boleh menyebabkan keguguran. B complex juga boleh memberikan keserian pada wajah ibu hamil... Selain dari itu, B complex mengandungi Acid Folic yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu hamil bagi pertumbuhan janin dan mengelakkan daripada kecacatan.
 
3) VITAMIN C - Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
4) OSTEMATRIX - Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
 
5) ESP (Soy Protein Isolate Powder) - Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
 
Apabila masuk ke trimester - 2 dan 3 (usia kandungan 4 bulan keatas) boleh tambah Omega Guard..
 
6) Omega Guard - Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
 
Alhamdulillah banyak perbezaan apabila mula menggunakan supplement Shaklee.... sekiranya anda juga mahukan yang terbaik untuk diri dan bayi dalam kandungan,pilihlah supplement yang berkualiti tinggi seperti Shaklee...
 
 
 
 
 
 
 
Sebarang Pertanyaan / Pembelian hubungi no di bawah : -
 
 

TEMPAT PEMBIAKAN AEDES {LUAR RUMAH}

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Harini iza nak kongsikan sedikit berkenaan AEDES..

Sekarang memang musim panas @ El-NINO.. Dan kadang2 ada juga hari2 tertentu hujan akan turun.. Jadi nyamuk pun bersuka ria membiak.. Sekiranya dirumah kita terdapat bekas2 yang boleh dijadikan tempat pembiakan, eloklah sekiranya selalu di jaga dan diperhati..

Kat bawah ni iza kongsikan bersama tempat pembiakan Aedes di LUAR RUMAH

Sebarang bekas yang menakung air lebih daripada (7 hari) Contohnya :-

  • Pasu Bunga dan Alas
  • Barang-barang terpakai yang boleh menakung air
  • Pelbagai jenis Tin / Botol Air
  • Tayar
  • Tong berisi air
  • Bekas minuman haiwan peliharaan
  • Tempayan
  • Kolam Air Hiasan
  • Kanvas dan Semua jenis plastic
  • Bekas minuman Styrofoam
  • Kulit buah-buahan seperti koko dan Tempurung kelapa
  • Tangki Air
  • Saluran Air Hujan (Gutter)














Dalam Musim Denggi ini tingkatkan imun dalam badan dengan mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas @ 3 liter air... selain dari itu anda boleh juga mengamalkan pengambilan supplement yang sesuai dan yang penting ianya diluluskan oleh KKM dan HALAL....

Cadangan Supplement untuk Denggi :-




NUTRIFERON



PERFORMANCE DRINK
 
.
 
TESTIMONI DENGGI
 
 
 



 
 
SEBARANG PERTANYAAN / PEMBELIAN HUBUNGI :
 

Sabtu, 16 April 2016

CARA ELAK SEMBELIT KETIKA BERPANTANG

Assalamualaikum...

Berpantanng... perkara pertama selain dari pengalaman melahirkan ada 1 lagi pengalaman yang akan diingati sampai bila2...

APA DIA??????

SEMBELIT!!!!!!!

Mungkin sesetengah ibu selepas bersalin ada yang tak mengalaminya..tetapi bagi yang telah mengalaminya pasti ianya menjadi igauan ngeri... itulah yang berlaku pada diri iza... SEMBELIT TERUK sewaktu berpantang anak pertama... Mak kata makan pisang, buah limau,.minum air banyak... tapi tak menjadi... 3 hari sembelit sampai jahitan sedikit terbuka!!!!! Allahuakbar!!!!! Iza bernasib baik sebab hanya terbuka sedikit dan tak perlu dijahit semula... tetapi pedihnya hanya iza yang rasa.... aduussss!!!!!

Ok itu pengalaman pertama melahirkan... pengalaman kedua melahirkan Alhamdulillah dah kenal SHAKLEE... berdasarkan pengalaman sahabat2 yang dah menggunakan set berpantang SHAKLEE, iza lebih yakin... Anak kedua operation / czer sebab big baby... hihi... memanglah tak melalui bahagian sepatutnya tetapi jika SEMBELIT dan meneran terlalu kuat akan mendatangkan kesan pada pada bahagian abdomen yang dah dibelah2 dalamnya..  adussss!!!!!!

Iza konsisten @ istiqamah guna set berpantang SHAKLEE... Dan yang membantu iza untuk tidak SEMBELIT adalah OSTEMATRIX & ESP... Serius 2 sekawan ni memang awesome!!! Setiap malam ambil 4 biji OSTEMATRIX dan 1 sudu ESP... Hasilnya memang mantop!!! Pagi2 senang je membuang... bersih tau isi perut ni... iza memang TAK PERNAH SEMBELIT lagi.... memang best sgt2... pastu dapat bonus best!!  Nak tau apa???  SUSU BADAN pekat dan banyak.. melimpah ruah... syukur Alhamdulillah... 

Inilah serba sedikit pengalaman iza ketika berpantang.. pilih OSTEMATRIX & ESP untuk elak SEMBELIT ketika berpantang.. untuk apa tanggung sakit kalau ada jalan penyelesaian....

Hubungi iza untuk pertanyaan dan pembelian....

Siti Rohaiza
013-7825180
Id:  886680

Ikhlas dari hati naluriku.... 💝

Selasa, 8 Mac 2016

SIJIL HALAL SHAKLEE 2016

Alhamdulillah Sijil Halal Shaklee 2016 dah ada... tak perlu gusar apa2 yer sebab Shaklee terjamin HALAL & SELAMAT diamalkan...

Pilihlah produk yang berkualiti & diiktiraf....

Isnin, 22 Februari 2016

KENAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK

Assalamualaikum...

Pernah tak terfikir kenapa rezeki susah sangat nak masuk??? Apa pun yg kita jual susah nak dapat costumer... iza pun selalu fikir... bila fikir2 mesti ada silapnya diri kita ni...

Sebagai contoh..kita nak minta banyak sale tapi usaha kurang.. hubungan dengan Allah pun tak rapat jadi mcm mane Allah nak bagi apa yang kita minta kan???

Ok iza bagi carta kat bawah ni.. banyak sebab kenapa rezeki kita susah nak masuk... semoga ianya menjadi iktibar untuk diri kita....

Eh... lagi satu... kalau mencari supplement yang dipercayai, ada kelulusan KKM & ianya disahkan  HALAL oleh JAKIM boleh try supplement shaklee yang jual.  InsyaAllah iza consult secara percuma... iza ni sambil menyelam minum air yer...  😀

VIVIX TONIC AJAIB

VIVIX



1) FUNGSI VIVIX

- Memperbaiki DNA. Setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat.
- VIVIX menbantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
-VIVIX sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal
- VIVIX memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel dan VIVIX membantu menguatkan sel tubuh
-VIVIX membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua semakin kita akan rasa sakit sana sini. Ingatan pun makin pudar. VIVIX membantu mengembaliakn keremajaan



2) SIAPA YANG PERLUKAN VIVIX

- Pesakit Kanser
- Pesakit Kencing manis
- Pesakit darah tinggi
- Pesakit stroke
- Pesakit jantung
- Pesakit penapis buah pinggang bocor
- Pesakit SLE @ autoimun
- Pesakit radang usus
- Pesakit masalah sendi
- Pesakit Slip Disc
- Pesakit yang mempunyai system imun yang rendah seperti pesakit AIDS
- Pesakit Gout
- Pesakit Asma / Lelah
- Cyst
- Bantu kesuburan untuk hamil

Add caption
- Untuk awet muda / melambatkan penuaan
- Mereka yang mahu berhenti merokok
- Mereka yang mempunyai masalah jerawat kronik
- Mereka yang sukar menurunkan berat badan
- Ibu berpantang (menyembuhkan luka)
- Semua yang ingin kekal sihat




3) PERBEZAAN VIVIX SHAKLEE

- VIVIX gabungan RESVERATROL dengan 15 POLIFENOL. Dimana ia 10x lebih power daripada RESVERATROL sahaja
- Sumber polifenol yang sangat tinggi dan lebih 2500 jurnal kajian telah diterbitkan melalui kajian klinikal dan kajian makmal
- VIVIX SHAKLEE telah melalui kajian yang mendalam selama bertahun-tahun oleh SAINTIS SHAKLEE dan melalui 3 peringkat iaitu :-
   a) PERINGKAT AWAL - Untuk mencipta dan mengasingkan komposisi unik polifenol melalui kajian makmal yang teliti
   b) PERINGKAT PERTENGAHAN - Untuk membangun patent pending
   c) PERINGKAT AKHIR - Untuk menjamin keseluruhan pengeluaran anggur yang berkualiti tinggi dan terbaik di dunia

4) PANDUAN MEMILIH

- VIVIX lebih tinggi kekuatannya (higher potensi) 10 ganda lebih kuat daripada supplement lain
- VIVIX lebih tulen
- VIVIX mengandungi campuran polyphenol yang lain selain resveratrol bagi membolehkan menjadi suplemen resveratrol terbaik

5) SUMBER MAKANAN




- Anggur Muscadine :-
  1) Dikenali sebagai Super Grapes
  2) Kaya dengan fiber untuk memudahkan penghadaman
  3) Antioksidan yang sangat tinggi dan sangat power untuk melawan radikal bebas
  4) Nilai kalori yang rendan
  5) Mengandungi 2x Vitamin C berbanding anggur biasa
  6) Saiznya lebih besar daripada anggur biasa yang boleh mencapai sebesar bola golf
  7) Sumber terbaik anti radang yang sesuai untuk pesakit lelah, exzema dan lain-lain
 




- Resveratrol juga boleh didapati dalam kacang Tanah, beri biru, koko, coklat gelap, cranberry, anggur merah, lobak ungu, Elderberi, Pistachio


6) SIMPTOM KEKURANGAN

1) Simptom kekurangan vivix ialah anda Nampak lebih tua dari usia sebenar
2) Apabila anda kekurangan VIVIX, hidup anda tidak lagi MENARIK kerana akan kelihatan lesu dan tidak bermaya
3) MENAKJUBKAN sekali apabila anda kekurangan VIVIX, pembaikan selular akan terhenti
4) Kita boleh lihat pesakit kanser yang mengambil ubat-ubatan BERBEZA dengan pesakit kanser yang mengamalkan vivix dan gaya hidup sihat
5) Sakit demam,selsema dan batuk akan kerap secara percuma jika anda tidak mengambil sebarang suplemen terutanya VIVIX
6) Bagi orang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat apatah lagi tidak mengambil sebarang vitamin seperti vivix dijamin lebih mudah mendapat penyakit kronik apabila tua kelak
7) Sel-sel baru tidak dapat diganti jika pesakit kanser telah menjalankan kimoterapi tetapi tidak mengambil vivix dan tidak menjaga diet  yang seimbang.

6) DOSE PENGAMBILAN

- 5ml / sudu teh setiap hari (digalakkan memakai sudu plastic)


SELEPAS INI SAYA AKAN UPDATE TESTIMONI YANG HEBAT HASIL DARI PENGAMBILAN VIVIX..
 
TERIMA KASIH...

Sabtu, 13 Februari 2016

CHINC TEA MIX

Assalamualaikum...
Bismillah...

Chinch Tea Mix...
 
Kenapa ianya bagus berbanding dengan jenama teh yang lain???
Sebabnya...

√ Ianya SELAMAT, PENGGALAK TENAGA SEMULAJADI
√ Ditambah dengan taurina - meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
√ Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengelakkan kecergasan tubuh
√ Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna atau bahan tiruan

APAKAH CAMPURAN TEH DIDALAM *CHINCH TEA MIX* INI??

1) MATCHA GREEN TEA POWDER
 
 - Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

2) RED TEA EXTRACT
- Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai POLIFENOL - pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang daripada merebak. 

3) WHITE TEA EXTRACT
-  Juga dikenali sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) ROOIBOS RED TEA EXTRACT
- Tumbuhan unik yang berasal di afrika selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan


Hubungi saya sebagai pengedar sah anda :-
SITI ROHAIZA ABU
013-7825180
rohaiza.siti@gmail.com




Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Assalamualaikum..

Bermula dari bulan Jun 2012 hingga kini dan selamanya saya merupakan Pengedar sah Shaklee anda...

Sekiranya anda merupakan seorang yang mementingkan kesihatan, SHAKLEE adalah pilihan yang terbaik!!!! Mengapa saya katakan SHAKLEE adalah yang terbaik??? Kerana saya salah seorang pengguna, pengamal SHAKLEE... Bermula dari SET PENYUSUAN , SET BERPANTANG, SET KEHAMILAN hinggalah kepada SET KESIHATAN DALAMAN dan kini saya amalkan kembali SET KEHAMILAN untuk zuriat ketiga...

Jika anda berada dikawasan dibawah, boleh terus hubungi saya...
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

- PASIR GUDANG
- MASAI
- MUAR *
- TANGKAK *
- BUKIT GAMBIR *

Bagi area bertanda * merupakan kampung halaman saya... InsyaAllah setiap kali balik ke kampung saya akan bawa stok (yang ada ditangan)... kalau dapat bagitau awal lagi bagus... :-)

Detail saya untuk dihubungi :-

Siti Rohaiza Abu
013-7825180
rohaiza.siti@gmail.com
www.qenaryieza.blogspot.com


Ahad, 7 Februari 2016

Atasi masalah sembelit ketika berpantang

Assalamualaikum....

Harini simple je nak cerita... sangat2 teruja bila follow up costumer & feed back yg iza dapat adalah positif!!!! Yeaaahhhhhh!!! Syukur Alhamdulillah...

Cerita asalnya da delete plak dr messenger... saya gelar Puan A la yer.. senang ckit nak cerita...

Puan A sedang berpantang dan ada masalah sembelit yang serius.. masa beliau berpantang tak ambil apa2 untuk atasi masalah sembelit tersebut... sehinggalah hampir selesai tempoh berpantang barulah terbuka hati untuk hubungi iza & mula bercerita masalah beliau.. dapat maklumat iza dari FB... Alhamdulillah Allah temukan iza dengan Puan A untuk selesaikan masalah beliau...

Iza perkenalkan OSTEMATRIX kepada Puan A... Alhamdulillah dalam masa seminggu SEMBELIT Puan A dah OK!!!!! Gembiranya hati ni dapat membantu... kat bawah ni perbualan iza dengan Puan A dalam messenger.... baca tau....