Isnin, 22 September 2014

SESUATU YANG MENGUATKAN SAYA

Assalamualaikun..

Alhamdulillah masih diberi pernafasan dimuka bumi Allah yang amat luas..
Harini cuti.. bawa Fatihah Follow Up di Hospital Sultan Ismail.. sambil menunggu update blog utkcabaran hari ketiga..





Bila lihat Fatihah dipangkuan yang sudah pun terlelap terasa hati semakin sayu dan syahdu.. Anak yabg dibesarkan hanya waktu malam bersama iza & waktu cuti mingguan.. hati ibu mana yang nak lihat anak dijaga & dibesarkan atas tangan org lain walaupun yang menjaga Fatihah adalah kakak ipar sendiri yang digelar 'ibu'

Alhamdulillah Fatihah dari umur 3 bulan dah dijaga oleh kakak ipar.. jagaan yang begitu sempurna seperti anak sendiri.. ramai yang kata 'anak saudara sendiri memanglah..'  apa pun org kata iza tak peduli.. iza bersyukur sebab Fatihah dijaga dengan begitu sempurna..



Sekarang Fatihah da besar.. dah 2 tahun 8 bulan..sudah bergelar kakak pada usia 1 tahun 10 bulan.. lahirnya Nur Zahraa sebagai peneman dikala Fatihaha sunyi & tiada teman bermain.. Penerimaan pada awalnya sememangnya sukar.. Fatihah memberontak.. pada ketika itu Fatihah masih menyusu badan @ 'ngempeng'.. tapi berkat kesabaran iza Alhamdulillah Fatihah redha & dapat terima.. sayangnya pada adik begitu mendalam...

Nur Zahraa juga dijaga oleh kakak ipar.. kakak dengan adik tak boleh dipisahkan.. mereka terlalu rapat.. sangat2 rapat.. tapi.. iza sedikit rasa sedih sebab tak dapat membesarkan mereka depan mata 24 jam sehari..

Impian iza memang tinggi.. sepatutnya senang untuk dicapai & dilaksanakan.. tapi disebabkan ada sebab2 tertentu iza perlu bersabar.. iza nak menjadi WAHM (WORK AT HOME MOMMY).. Iza sentiasa berdoa agar ianya akan menjadi kenyataa  suatu hari nanti.. rezeki ada dimana2.. target bila Fatihah dah sekolah iza akan jadi WAHM.. InsyaAllah..

Anak-anak adalah kekuatan iza.. kekuatan iza untuk terus mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri,mama,anak & pekerja.. bila iza sedih iza akan tengok & renung anak-anak.. fikirkanmasa depan mereka...

Nur Fatihah & Nur Zahraa adalah kekuatan bagi mama untuk mama teruskan bisness mama dalam Shaklee.. Alhamdulillah costumer2 mama ramai yang berpuashati dengan produk shaklee.. ramai yang repeat order..  ramai yang berjaya dengan impian mereka.. Alhamdulilah..

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

Bahagiakan kami dunia & akhirat...
Satukan kami hingga ke Jannah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan