Selasa, 31 Mac 2015

GAS BERLEBIHAN DALAM PERUT KANAK-KANAK



Assalamualaikum....

Pernah tak dengar "Gas berlebihan dalam perut anak?"
Apa puncanya??
Gas apa yang berlebihan tu??

JOM TEROKAI DENGAN LEBIH JELAS!!!!!!!!!


Gas berlebihan merupakan keadaan biasa yang boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaaan kepada anak anda. Pelajari mengenainya dan bagaimana untuk bersedia menghadapinya...

Setiap orang pasti bernafas, menelan, makan, menghembus, menarik nafas dan melepaskan gas. Ia merupakan komponen metabolisma tubuh yang penting. Oleh itu, adalah normal untuk kita mengalami masalah berlebihan gas, sama jugalah dengan bayi dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terlalu banyak gas boleh menyebabkan ketidakselesaaan.

SIMPTOM-SIMPTOM GAS BERLEBIHAN TERMASUK :

1) Kembung
2) Menangis tanpa henti
3) Sendawa
4) Kentut berlebihan
5) Kejang Perut

MENGAPA ANAK SAYA MENGALAMI GAS BERLEBIHAN??

Terdapat beberapa sebab, tetapi yang utamanya :

1) MENELAN TERLALU BANYAK ANGIN

- Tabiat seperti mengunyah gula-gula getah, menghisap jari,makan terlalu pantas atau minum menggunakan straw boleh menambahkan gas di dalam perut. Dalam kalangan bayi, peningkatan gas berlaku apabila mereka menghisap puting atau menyusu (menggunakan botol atau penysusuan susu ibu) dalam kedudukan yang tidak betul

2) PENGAMBILAN MAKANAN BERGAS

- Makanan yang menghasilkan gas dalam seorang kanak-kanak tidak semestinya akan menyebabkan gas dalam seorang kanak-kanak yang lain. Ia bergantung kepada bagaimana badan mereka menghadam karbohidrat dan jenis bakteria yang terdapat dalam usus mereka. Jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan gas berlebihan termasuklah :
  • Kekacang
  • Brokoli
  • Kubis Brussels
  • Kubis
  • Minuman berkabornat
  • Bunga kubis
  • Buah-buahan seperti epal, pib dan pear
  • Makanan berasaskan bijirin
  • Gula-gula getah
  • Gula-gula keras
  • Daun salad
  • Susu dan hasil tenusu
  • Bawang
3) KOMPLIKASI GASTROUSU

- Beberapa penyakit seperti penyakit Crohn,pertumbuhan bakteria berlebihan dalam usus kecil (SIBO),ketakcernaan (KETIDAKHADAMAN), sembelit dan cirit birit boleh menyebabkan gas berlebihan didalam saluran usus.


Pertumbuhan Bakteria Berlebihan dalam Usus Kecil atau Small Intestine Bacteria Overgrowth (SIBO)
(Disifatkan sebagai kehadiran jumlah bakteria yang tinggi (melebihi 100,000 bakteria setiap mililiter) dibahagian atas usus kecil. Pengumpulan bakteria tersebut,yang pada asalnya selamat,boleh menyebabkan kemudaratan apabila ianya berlebihan. Ini kerana bakteria menghasilkan toksin, enzim, dan gas-gas usus (iaitu hdrogen, metana dan karbon dioksida) yang mengganggu penghadaman,mengakibatkan ketidakselesaan fizikal dan juga kecederaan usus.


 4) INTOLERANSI TERHADAP SESETENGAH MAKANAN

 - Terdapat kanak-kanak yang tidak berupaya menghadam beberapa jenis makanan
tertentu disebabkan kekurangan enzim-enzim penghadaman - keadaan ini dikenali sebagai 'intoleransi makanan'. Makanan-makanan ini jika diambil, akan digunakan oleh bakteria dan seterusnya menghasilkan gas. Terdapat pelbagai jenis intoleransi terhadap laktosa (terdapat didalam kebanyak produk tenusu) atau fruktosa.
-Masalah intoleransi boleh didiognosis dengan menggunakan beberapa kaedah (iaitu ujian darah, diet pengecualian dll) Tetapi yang paling mudah kurang invasif dan mudah didapati ialah ujian nafas hidrogen


BAGAIMANA JIKA KESAKITAN AKIBAT BERLEBIHAN GAS BERTERUSAN??

Komplikasi gastrousu yang lebih serius seperti Cliacm Sindrom usus iritabel (IBS) , SIBO, penyakit Crohn dll boleh menjadi penyebabnya. Apapun puncanya, simptom-simptom berikut perlu diawasi :
  • Penurunan berat badan
  • Kurang bertenaga atau hilang keupayaan melakukan rutin harian
  • Najis cair atau cirit birit yang berlarutan melebihi 1 minggu
  • Abdomen membesar (menonjol seperti belon)
  • Kesakitan perut berterusan terutamanya yang mengganggu waktu tidur
  • Terdapat darah didalam najis
  • Kurang selera makan
  • Muntah-muntah




Simptom-simptom diatas kerap berlaku dalam kombinasi,oleh itu anda perlu peka dengan tanda-tanda amaran ini dan bawa anak anda berjumpa doktor pakar gastroenterologi pediatrik dengn segera jika ia berlaku.

Diharap dengan imfo yang diberikan dapat memberi manfaat kepada anda sekelian....

Saya doakan anda ibu bapa dan anak-anak sihat, ceria & sentiasa dilindungiNya...

Wassalam....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan