Isnin, 9 Mac 2015

TEKNIK LEKAPAN DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum...

Harini iza nak kongsi bersama ibu-ibu dan bapa-bapa Teknik Lekapan dan Penyusuan Susu Ibu.. Iza harap apa yang iza kongsikan ni dapat membantu bagi melengkapkan lagi proses penyusuan ekslusif si manja anda..

Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan 

1. Dukung bayi dalam posisi yang selesa
2. Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
3. Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agara dia mula membuka mulutnya dengan luas
4. Gerakkan badan bayi kearah payudara ibu
5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
6. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu



  
 


Cara Mengampu Payudara

1. Ampu payudara dalam keadaan pegangan 'C' (C-hold)
2. Ibu jari berada diatas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
3. Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini


Teknik Lekapan Bayi

1. Mulut bayi terbuka luas
2. Dagu bayi mencecah payudara
3. Bibir atas dan bawah melengkup keluar
4. Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
5. Pipi bayi menggelembung
6. Ada nada hisapan glup... glup  HISAP-TELAN-HISAP-TELAN


 

Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana :

1. Untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
2. Memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
3. Mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
4. Mengelakkan bengkak payudara itu


Tahniah iza ucapkan kepada ibu-ibu yang berjaya menyusukan si manja sehingga umur 2 tahun... bagi yang masoh belum berjaya, jangan berputus asa.. anda masih mempunyai peluang untuk mencuba.. iza akan kongsikan di blog seterusnya berkenaan 'POWER PUMPING".. insyaAllah...

Salam sayang...

mama2princess







Tiada ulasan:

Catat Ulasan