Khamis, 13 Ogos 2015

10 PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum....

Pagi2 lagi da rasa rindu masa susukan Zahraa sejak dari lahir hingga kini... Alhamdulillah susu badan banyak sangat.. kekadang tu sampai bengkak2 cik 'b'..

Ramai jugakla yang tanya macam mana susu badan boleh banyak @ maintain je walaupun usia Zahraa sudah 1 tahun 8 bulan.. Iza akan bagi petua yang sedikit sebanyak boleh sahabat gunakan & pratikkan utk si comel yer...

1) Kekerapan menyusukan bayi - Menyusuakan bayi sekurang-kurangnya 3 jam setiap kali penyusuan. Ini menggalakkan kilang susu sentiasa aktif dan susu tidak akan membeku dan boleh menyebabkan bengkak susu yang serius

2) Kerap membuat pumping - Sekiranya bayi tidak menyusu iaitu ketika bayi sedang tidur terutama pada waktu malam, ibu perlu membuat perahan (pump) susu supaya payudara tidak akan membengkak.

3) Menyusu lebih lama - Jangan ambil kisah berapa lama bayi menyusu.. Biarkan si comel anda menyusu di bahagian sebelah kanan @ kiri sehingga si comel benar-benar puas dan barulah anda berikan payudara yang lain. Ini bagi memberi peluang kepada bayi untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hidmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara yg lain / menukar ke bahagian sebelah bayi hanya mendapat foremilk, dimana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak mendapat kalori yang secukupnya dalam proses tumbesaran si comel.

4) Penyusuan dua kali - Selepas menyusukan bayi, sendawakan bayi. Langkah ini akan lebih memberi ruang kepada perut bayi untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian susukan semula. Cara ini juga merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5) Bogelkan bayi ketika menyusu - Ketika menyusukan bayi, bogelkan bayi anda (kecuali lampin). Ini kerana sentuhan kulit ke kulit seorang ibu kepada anaknya 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan